Thursday, 2 February 2017

ISU FATWA PULAU PINANG, ADAKAH TINGGAL SEJARAH!

PAS menghighlightkan isu penting daripada DAP pada tanggal 2/2/2017 berdasarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Mohd Fauzi Yusof dan Ketua Pemudanya Afnan Hamimi mengenai campur tangan Lim Guan Eng (LGE) dan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) dalam urusan pewartaan fatwa negeri Pulau Pinang. Alasan mudah dakwaan ini kerana melanggar Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau pinang 2004.

Berikut merupakan dua tatacara pewartaan fatwa daripada Enakmen tersebut:

48 (3) Selepas fatwa disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa, Mufti hendaklah bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenannya bagi pewartaan fatwa itu. 

48 (4) Apabila fatwa itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa hendaklah memaklumkan Kerajaan Negeri tentang fatwa itu dan selepas itu hendaklah menyebabkan fatwa itu disiarkan dalam Warta.

Dua tatacara pembuatan fatwa yang dikemukakan di atas adalah sebahagian daripada tujuh tatacara pembuatan fatwa khususnya di negeri Pulau Pinang iaitu negeri yang tidak mempunyai Sultan. Daripada dua tatacara ini jelas bahawa setiap fatwa sepatutnya terus dipersembahkan kepada KeBawah Duli Tuanku untuk diperkenankan dahulu pewartaan fatwa sebelum kembali dimaklumkan kepada kerajaan negeri. Pemakluman ini pun hanya sekadar mengamanahkan kepada kerajaan negeri untuk disiarkan dalam Warta.

Tatacara yang berlaku dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang setakat ini bercanggah dengan apa yang termaktub dalam Enakmen tersebut. Percanggahan ini melibatkan MMK Kerajaan Negeri PP mendahului Agong dengan mengubah tatacara pewartaan fatwa supaya dimaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri sebelum disampaikan kepada Agong untuk mendapat perkenan diwartakan.

Menurut Afnan Hamimi, tatacara ini telah lama berlaku dan sedia maklum oleh pimpinan PAS Pulau Pinang yang ketika itu dipimpin oleh Mohamad Sabu. Tindakan tidak diambil. Sekarang PAS PP di bawah pimpinan Mohd Fauzi Yusof tidak mahu mengulang kesilapan itu. Kecewa dengan tindakan DAP ini, maka PAS Pulau Pinang bertindak mendedahkannya kepada umum. Kenyataan berani daripada Ketua Pemuda PAS, sedia disaman jika kenyataan itu merupakan suatu fitnah. Cabaran buat Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan LGE sekarang ini. Exco Agama Pulau Pinang Abdul Malik Kasim dan Mufti kerajaan negeri Pulau Pinang yang cuba menjawab kembali isu ini juga seperti terperangkap dengan dakwaan mereka yang jelas memang ada pemakluman kepada MMK dahulu sebelum sampai kepada Agong. Tidakkah tindakan seperti ini mencemar kehormatan Duli Yang DiPertuan Agong?

No comments:

Post a Comment