Thursday, 14 July 2016

KEDUDUKAN PAS DAN AMANAH DALAM POLITIK MALAYSIA

Hasil Pemerhatian: 

PAS masih berpendirian untuk tidak bergabung. Mereka tak nampak satu keuntungan pun berada dalam PH melainkan hanya diperkudakan untuk kepentingan politik pemerintahan semata-mata.

AMANAH nampaknya menagih simpati kepada PH supaya lupakan PAS sebagai parti yang boleh menguatkan pembangkang di Malaysia. TITM tersilap langkah terlalu berhikmah dalam bertutur sehingga diambil kesempatan oleh PH untuk menggembar-gemburkan tentang gabungan pembangkang PAS dan PH utk hadapi UMNO-BN.

PAS patut akui bahawa dalam sistem demokrasi di Malaysia, memang perlu cari kawan. Siapa kawan PAS? Adakah UMNO, PAN, PKR atau parti kecil. Walau bagaimanapun, PAS yakin dengan Tuhan. Istilah syurga, reda Allah, amalan dunia untuk akhirat dan seumpamanya sentiasa diucapkan. Penyokongnya pun pasti yakin dengan ucapan pimpinannya yang juga bergelar ulamak. Dasar yang dipegang mereka menjadi batasan kepada setiap keputusan yg ingin dibuat. 

Bekas ahli PAS yang bina AMANAH pun rasa disalahkan dan rasa tersisih dari PAS pun kerana dianggap tidak patuh dengan prinsip dan dasar PAS. 

Persoalannya, apakah benar AMANAH tidak Amanah. Apakah ukuran Amanah PAS? Jawapannya telah dijawab sebelum ini iaitu dasar PAS. 

PAS pertikai AMANAH kerana buat parti baharu. Disebut pula untuk ganti PAS dalam PH. Namun, di sebalik keghairahan itu, PAS nampak seperti tak risau, tetapi biasalah dlm politik demokrasi ini, risau undi rendah itu tak dapat dielak. PAS sebut Politik Matang dan Sejahtera utk tutup kerisauan itu. 

Masa terus berjalan. Politik Matang dan Sejahtera PAS terus dipacu sebagai kaedah Politik Dakwah walaupun terpaksa berpencak dalam mainan politik demokrasi. Apa yang jelas, PAS nampak seperti ingin berbaik dengan UMNO. Itu PH sebut sebab makan banyak dedak. Benarkah? 

AMANAH parti baharu, perlukan pendokong yg lebih setia dan beramanah. Jika PAS sertai PH, maka AMANAH disebut akan hilang undi. Pembahagian kerusi juga terpaksa dibahagikan jika mahu bahagilah. DAP pula nampak lebih lembut utk terima PAS. Sebabnya, dua PRK yg sebelum ini telah menyedarkan bahawa PH perlu PAS jika nak menang. Undi untuk PAS di Parlimen itu masih tidak beza jauh dengan undian dalam PRU sebelum ini. 

Penulisan ringkas ini tak dapat nak memberikan big picture view utk politik PAS dan AMANAH. Cumanya, setakat ini rumus utk politik PAS dan AMANAH ialah PAS tak perlukan AMANAH sebab prinsip, AMANAH tak perlukan PAS sebab mengurangkan populariti undi, PH perlukan PAS sebab Putrajaya, PH perlukan PAS dan AMANAH sebab undi Melayu.

No comments:

Post a Comment