Monday, 2 March 2015

Pertemuan Intelektual Islam di Bengkel Research University Team (RUT) 2-4 Mac 2015 ISDEV, USM

Pada 2-4 Mac 2015 sedang berlangsung bengkel RUT Team kali ke-5. Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV bertempat di Universiti Sains Malaysia. Bengkel ini dijadikan tempat berkumpul daripada tiga negara iaitu Negara Brunei, Indonesia dan Malaysia untuk membincangkan Pembangunan Berteraskan Islam. Terdapat enam tumpuan perbincangan di bawah tajuk Pembangunan Berteraskan Islam ini. Pertama, Istibdal Wakaf; kedua, Pengurusan Insaniah; ketiga, Corporate Social Responsibility; keempat, Strategi Politik; kelima, Negara Zikir Brunei; dan keenam, Tasawur dan Acuan.

Bagi Istibdal Wakaf, senarai tajuk-tajuk kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

1. Pendapat Fuqaha' dan Kesannya Dalam Pelaksanaan Inovasi Wakaf di Brunei
    - Dr. Kamaru Salam Yusof dan Dr. Fadzliwati Mohiddin (UNISSA)

2. Pengurusan Wakaf di Brunei Darussalam: Tinjauan Awal Terhadap Pelaksanaan Istibdal Wakaf
    - Dr. Hjh Rose Abdullah dan Hjh Norliza DSS Hj Mahalle (UNISSA)



3. Kefahaman Dan Kesedaran Aplikasi Istibdal Wakaf: Kes Kajian Di Semenanjung Malaysia
    - Dr. Zakaria Bahari (ISDEV USM)

4. Kefahaman Aplikasi Istibdal Wakaf di Terengganu
    - Dr. Jasni Sulong (PPIK USM)

5. Persepsi Aplikasi Istibdal Wakaf Dalam Kalangan Jemaah Masjid di Kelantan
    - Dr. Zahri Hamat (PPSK USM)

6. Kefahaman Aplikasi Istibdal Wakaf: Kajian Kes Selangor dan Kedah
    - Puan Azreen Hamiza Abdul Aziz (ISDEV USM)

7. Taraf Kefahaman dan Pendidikan Istibdal Wakaf: Kajian Kes di Negeri Selangor
     - Dr. Asmaddy Haris (USIM)

8. Relevensi Istibdal Hartanah Wakaf Dalam Konteks Pembangunan Semasa di Malaysia
    - Dr. Mohd Afandi Mat Rani (UiTM)

Bagi Pengurusan Insaniah pula, senarainya seperti berikut:

1. Pengurusan Insaniah Berkualiti Dalam Institusi Pembangunan Berteraskan Islam
   - Dr. Fadzila Azni Ahmad (ISDEV USM)

2. Sistem Pengawasan Dalam Pengurusan Insaniah Berdasarkan Pemikiran Ibn Taymiyyah
   - Puan Azrin Ibrahim (ISDEV USM)

3. Strategi Pengurusan Insan di Universiti Sains Malaysia
    - Cik Lenny Luat (ISDEV USM)

4. Pembangunan Kesihatan Insaniah Berteraskan Model Penjagaan Kesihatan Rasulullah SAW
    - Dr. Shariffah Suraya (PPSK USM)

5. Perancangan Strategik Dalam Pengurusan Kualiti di Institusi Pembangunan Islam Malaysia
   - Dr. Fadzila Azni Ahmad dan Nur Hidayah Marzuki (ISDEV USM)

6. Pengurusan Kualiti di Institusi Pembangunan Islam di Brunei: Satu Kajian Kes
    - Dr. Kamaru Salam Yusof dan Dr. Fadzliwati Mohiddin (UNISSA)

7. Konsep Pengurusan Kualiti Menurut Perspektif Islam - Perlaksanaan di Brunei
    - Dr. Hjh Rose Abdullah dan Hjh. Norliza DSS Hj Mahalle (UNISSA)

Bagi  Corporate Social Responsibility (CSR) seperti berikut:

1. Tanggungjawab Sosial Korporat: Satu Analisis Dalam Konteks Hubungan Allah, Manusia dan Alam
    - Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin (PPJJ USM)

2. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bank di Malaysia
    - Dr. Zakaria Bahari (ISDEV USM)

3. Roles of Corporate Social Responsibilty in Marketing Islamic Banking Product and Services: A Case Study in Central Region of Malaysia
   - Cik Murni Yusoff (ISDEV USM)

4. A Way of Corporate Social Responsibility: Revisiting The Relief Assistance of Malaysian Islamic Banks to Flodd Victims
  - Dr. Ahmad Azrin Adnan (UNISZA)

Bagi Strategi Politik, senarainya seperti berikut:

1. The Politics of Islamic-Based Development in Southeast Asia
    - Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh (ISDEV USM)

2. Politik Wasatiyah Dalam Strategi Pembangunan Malaysia
    - Dr. Mohamad Zaini Abu Bakar (PPSK USM)

3. Pemikiran Tahaluf Siyasi Parti Islam Semalaysia (PAS) Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara
    - Dr. Mohd Syakir Mohd Rosdi (ISDEV USM)

4. Politik Pembangunan Hizbut Tahrir Indonesia: Strategi dan Pencapaian
    - Dr. Heri Kusmanto (ISDEV USM/UMA)

5. Politik Pembangunan Hotel Syariah di Indonesia: Studi ke Atas Hotel Sofyan Jakarta
     - Dr. Warjio (ISDEV USM/USU)

Bagi Negara Zikir Brunei pula, senarainya seperti berikut:

1. Strategi Pembangunan Brunei Dalam Konteks Negara Zikir
    - Prof. Dr. Muhammad Syukri Salleh (ISDEV USM)

2. Tasawur Pembangunan Negara Zikir
    - Dr. Mohd Shukri Hanapi (ISDEV USM)

3. Dasar dan Strategi Pembangunan Zikir
    - Mahayudin Hj Yahaya (UNISSA)

4. Dasar Politik dan Pentadbiran Negara Zikir
     - Dr. Abdol Rauh Yaacob (UNISSA)

5. Dasar Sosio-Ekonomi Negara Zikir
    - Dr. Rasinah Abdurrahim@Ahim (UNISSA)

6. Strategi Sosio- Ekonomi Negara Zikir
    - Dr. Fadzliwati Mohiddin (UNISSA)

7. Dasar Bahasa dan Pendidikan Negara Zikir
    - Zurairatul Zakiah DSS Hj Rajid (UNISSA)

8. Strategi Bahasa dan Pendidikan Negara Zikir
     - Dr. Siti Sara Hj Ahmad (UNISSA)

9. Indeks Pembangunan Negara Zikir
    - Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan (ISDEV USM)

10. Strategi Politik dan Pentadbiran Negara Zikir
      - Muhammed Sahrin Haji Masri

Bagi Tasawur dan Acuan pula, senarainya seperti berikut:

1. Pemikiran Pembangunan Indeks Berteraskan Islam di Malaysia
    - Dr. Wan Norhaniza Wan Hasan (ISDEV USM)

2. Islamic-Based Development Index With Special Reference To Debit Indicators
    - Dr. Asmat Ismail (PPSK USM)

3. The Mould of Islamic Sustainable Development
   - Dr. Atih Rohaeti Dariah (ISDEV/ UNISBA)

Keenam-enam perbincangan ini telah menghasilkan banyak pemikiran baru. Pemikiran ini dapat dicerna dengan penyelidikan yang lebih mendalam agar dapat menyelesaikan pelbagai masalah pembangunan masyarakat. Saya juga terlibat dengan pembentangan ini. Pembentangan saya ini adalah bertemakan Pemikiran Tahaluf Siyasi PAS dan Implikasinya Terhadap Pembangunan Negara. Rumusan kertas kerja ini boleh dilihat dalam abstraknya seperti di bawah.

Pemikiran Tahaluf Siyasi Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Implikasinya 
Terhadap Pembangunan Negara

Abstrak

Tahaluf siyasi (TS) di Malaysia berlaku pada peringkat negeri dan negara. TS ialah kerjasama antara dua atau beberapa pihak untuk mencapai objektif yang sama selagi tidak melanggar syariat Islam (Mohd Syakir Mohd Rosdi, 2014). Terdapat dua parti politik yang disebut melaksanakan TS. Pertama, 
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (Abdul Hadi Awang, 2012; Abu Bakar Hamzah, 1992; Ahmad Fadli Shaari, 2008); dan kedua, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) (Nakhaie Ahmad, 2012; Fathul Bari Mat Jahya, 2012). PAS melaksanakan TS dengan Pakatan Rakyat (PR), manakala UMNO melakukan TS dengan Barisan Nasional (BN). Idea dan pelaksanaan TS diketengahkan supaya masing-masing dapat mempamerkan pembawaan imej Islam. Idea dan pelaksanaan ini berkembang selaras dengan berlakunya perkembangan pemikiran TS dalam parti-parti tersebut. Merujuk kepada pemikiran kedua-dua parti ini, TS dilihat lebih sinonim dengan PAS kerana dua perkara. Pertama, dasar PAS; dan kedua, PAS sebagai Gerakan Islam. Untuk itu, tumpuan dalam kertas kerja ini dilakukan untuk mengenal pasti pemikiran TS dalam PAS dan menganalisis implikasi pemikiran ini terhadap pembangunan negara? Pengenalpastian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan, manakala penganalisisan ini dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasilnya, pemikiran TS PAS hanya terdapat dua hala. Pertama, hala untuk berdakwah; dan kedua, hala untuk menentang musuh yang sama. Dari sini, dua hala pemikiran tersebut tidak memberikan implikasi secara langsung kepada pembangunan negara. Walau bagaimanapun, secara tidak langsung terdapat tiga implikasi pemikiran TS PAS terhadap pembangunan negara. Pertama, PAS boleh berada di bawah pemerintahan pusat yang berasaskan federalisme; kedua, PAS mengisytiharkan Negara Berkebajikan; dan ketiga, PAS membuka peluang ekonomi kepada bukan Muslim.

Kata Kunci: Pemikiran, Tahaluf SiyasiTahaluf Siyasi PAS, Pembangunan Negara.

Mudah-mudahan ilmu daripada pembentangan bengkel ini akan terus diperkembangkan untuk melihat pembangunan berteraskan Islam itu tercapai. Pembangunan ini dilaksanakan dengan tasawurnya adalah sebenarnya daripada acuan Islam. Sekian, wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment