Ketika ini tahaluf siyasi (perjanjian politik) sering diperbincangkan. Perbincangan itu meliputi beberapa aspek termasuklah relevan atau pun tidak tahaluf ini. Begitu juga, keseriusan sesuatu pihak dalam menjayakan perjanjian itu atau pun terpaksa menguburkan perjanjian itu adalah menjadi topik perbincangan utama. Sehinggakan ada yang membincangkan sama ada perlu untuk mengundi pada pilihan raya atau pun tidak.
Sebenarnya, kita tidak boleh secara mentah-mentah menolak
tahaluf siyasi ini.
Kita harus sedar bahawa di sekeliling kita terdapat pelbagai ancaman daripada pelbagai musuh. Bergerak harus secara jama’ah bukannya secara individu. Tahaluf siyasi menjadi suatu mekanisme penting bagi sebuah pemerintahan dalam menguruskan pentadbiran dengan sebaik mungkin. Ia adalah suatu cetusan idea yang penting bagi membangkitkan kembali kehendak bekerjasama dalam ruang open minded selaras dengan prinsip sesuatu organisasi. Namun, kefahaman mengenai konsep tahaluf siyasi ini perlu menjadi asas atau pun turning point untuk menidakkan atau membolehkan kerjasama itu menjadi sesuatu realiti.
Kita harus sedar bahawa di sekeliling kita terdapat pelbagai ancaman daripada pelbagai musuh. Bergerak harus secara jama’ah bukannya secara individu. Tahaluf siyasi menjadi suatu mekanisme penting bagi sebuah pemerintahan dalam menguruskan pentadbiran dengan sebaik mungkin. Ia adalah suatu cetusan idea yang penting bagi membangkitkan kembali kehendak bekerjasama dalam ruang open minded selaras dengan prinsip sesuatu organisasi. Namun, kefahaman mengenai konsep tahaluf siyasi ini perlu menjadi asas atau pun turning point untuk menidakkan atau membolehkan kerjasama itu menjadi sesuatu realiti.
Sebagai pembuka bicara, tahaluf
siyasi adalah salah satu strategi politik. Pada permulaan kedatangan Islam,
ia terkenal dengan panggilan ‘half
al-fudul’. Ia berasal dari perkataan Arab iaitu ‘siyar’. Tahaluf siyasi juga terkenal sebagai
kerjasama politik hasil dari termeterainya perjanjian politik. Kerjasama
politik tidak akan terjadi sekiranya tidak ada perjanjian politik. Begitulah,
pentingnya tahaluf siyasi ini.
Tahaluf siyasi
secara umumnya boleh disama ertikan kepada beberapa makna seperti diplomasi
politik, kompromi politik, kerjasama politik, koalisi politik, pakatan politik
dan integrasi politik. Walaupun nampak seperti sama tetapi ianya terdapat
beberapa perbezaan.
Muhamad Munir Al-Ghadban dalam bukunya ‘Tahaluf
Siyasi di dalam Islam’ telah mengumpulkan beberapa pandangan para ulama’
dalam menghuraikan maksud tahaluf siyasi ini berdasarkan bahasa dan
istilah. Dari segi bahasa, Al-Hilfu dengan
mengkasrahkan huruf ha’ adalah
perjanjian antara kaum atau teman, seperti seorang teman berjanji untuk tidak
meninggalkan temannya. Kata jamaknya adalah Ahlaf,
yang merujuk kepada kabilah Asad dan Ghatfan kerana perjanjian mereka untuk
saling tolong-menolong.
Tahaluf mengikut istilah
pula ialah perjanjian yang berlaku antara kaum. Ia membawa maksud perjanjian di
antara dua belah pihak atau banyak pihak untuk bekerjasama dan tolong menolong
dalam perkara berhubung dengan politik. Ia boleh juga disebut sebagai integrasi
politik yang bermaksud gabungan dua atau beberapa parti politik atas tujuan
mengekalkan keharmonian negara.
Untuk lebih memahami mengenai konsep tahaluf
ini, secara mudahnya ianya bolehlah disebut sebagai suatu perjanjian persefahaman
untuk menghadapi lawan yang sama. Ia adalah
perjanjian dan pakatan antara kaum atau kumpulan (parti), antara dua pihak atau
lebih untuk mewujudkan kefahaman atau kerjasama, bantu-membantu bagi menghadapi
pihak lawan atau musuh yang lebih besar dan berbahaya atas tujuan untuk
menegakkan keadilan, mencegah kemungkaran dan menegakkan yang makruf serta
apa-apa tujuan murni yang dibenarkan dalam Islam sama ada berlaku bersama orang
Islam atau pun orang kafir.
Secara ringkasnya, tahaluf siyasi
adalah suatu kaedah rundingan kerjasama antara dua belah pihak dalam menghadapi
suatu permasalahan atau konflik supaya objektif masing-masing dapat tercapai
selagi mana tidak menggadai dan melanggar prinsip syariat Islam.
Dari sudut hukumnya pula, berdasarkan dua
kaedah fiqh terhadap perkara mu’amalat
iaitu ‘asal sesuatu perkara itu harus melainkan ada dalil yang
mengharamkannya’ dan ‘tidak boleh memudaratkan dan dimudaratkan’,
maka asal hukum kepada tahaluf siyasi adalah harus dalam Islam selagi
mana boleh memberikan manfaat kepada umat Islam dan dalam masa yang sama tidak
melanggar syariat Islam.
Selain itu, perkembangan kaedah dan
pelaksanaan tahaluf siyasi ini juga mempunyai kaitan dengan kerjasama
politik antara beberapa parti politik. Malah, tahaluf siyasi ini disebut
juga sebagai pakatan politik. Ini kerana, pakatan berasal dari perkataan pakat
yang beerti muafakat, pembicaraan, perundingan atau perjanjian, sepakat beerti
setuju, sependirian, seia sekata dan persetujuan. Oleh hal yang sedemikianlah, tahaluf siyasi ini dilihat amat
berkaitan dengan strategi politik dalam menghadapi musuh yang sama.
Hal ini mampu dibuktikan melalui sejarah
Islam. Antaranya ialah peristiwa Perjanjian Hudaibiyah boleh menjadi contoh
terbaik bagaimana Rasulullah saw bertahaluf siyasi dalam memperoleh
perjanjian kerjasama dan dalam masa yang sama tidak menggadaikan prinsip
Islamiyah. Dalam perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah ingin menulis Bismillahirrahmanirrahim.
Tetapi dibantah oleh Suhail bin Amru dengan katanya:
“Tidak!
Demi Allah kami tidak beriman dengan al-Rahman. Tulislah dengan namamu,
Allahumma.”
Rasulullah ingin menulis, “Inilah apa
yang dijanjikan oleh Muhammad Rasulullah”.
Suhail bin Amru tetap membantah, katanya, “Sekiranya
kami beriman denganmu sebagai seorang rasul, apa guna kami ingin membunuh
engkau. Tulislah dengan namamu dan nama ayahmu”. (Muhammad Munir
Al-Ghatban, 2002: 31)
Sekiranya diteliti menerusi sejarah itu,
Rasulullah saw tidak membantah, sebaliknya mengikuti apa saja yang dikehendaki
oleh Suhail. Ini kerana, perkara yang dibantah oleh Suhail itu tidaklah dapat
menjejaskan akidah. Tambahan pula, ianya hanyalah perkara sampingan yang
bersifat furu’ dan bukannya perkara dasar yang bersifat usul. Walaupun
perjanjian Hudaibiyah ini dilihat seperti berat sebelah terhadap musyrikin
Mekah, tetapi ianya adalah suatu kejayaan besar umat Islam.
Oleh itu, berdasarkan kepada sejarah di
atas dan beberapa sejarah lain yang berkaitan dengan tahaluf siyasi ini,
terdapat beberapa perkara yang cuba ditekankan oleh Rasulullah saw. Pertama, tahaluf
siyasi atau disebut perjanjian dalam Islam dilarang sekiranya bertujuan
membela kebatilan. Kedua, perjanjian pada masa Jahiliyyah yang sesuai dengan
Islam adalah boleh diteruskan. Ketiga, tahaluf siyasi dilarang untuk
diadakan sekiranya umat Islam dalam keadaan lemah.
Hasil dari penelitian itu, tahaluf
siyasi ini dilihat mempunyai kaitan rapat dengan kaedah strategi politik
dalam Islam. Ianya menekankan bagaimana peranan parti politik yang berbeza dari
segi ideologi dan pelaksanaan strategi serta taktik boleh duduk bersama untuk
bekerjasama dalam menghadapi musuh yang sama. Ia berdasarkan tiga peringkat
koalisi ataupun kompromi. Pertama, taktik kerjasama dalam bentuk yang kecil.
Kedua, kerjasama dalam bentuk dua parti berbeza dan ketiga, kerjasama dalam
bentuk satu pasukan.
Secara kesimpulannya, Mustofa Tahhan pernah
merumuskan tahaluf siyasi itu kepada beberapa perkara iaitu pertama
tidak berkompromi di dalam perkara prinsip dan akidah Islamiyyah. Kedua, tahaluf
itu menjamin kemaslahatan Islam yang diputuskan oleh Jamaah Islamiyyah. Ketiga,
ketika mengadakan tahaluf itu hendaklah barisan Harakah Islamiyyah
berada dalam keadaan mantap bersatu padu ibarat satu binaan yang kukuh.
Keempat, kepimpinan Islam ketika itu dalam keadaan yang paling kuat. Begitu
juga, pengikut atau rakyat perlu dalam keadaan paling disiplin dan ketaatan
tahap maksimum kepada pimpinan. Adapun jika sebaliknya maka tahaluf berkenaan
akan menambahkan kelemahan dan kucar-kacir. Kelima, hendaklah Harakah
Islamiyyah memastikan bahawa ia akan bertahaluf dengan pihak yang
boleh memberikan kekuatan kepada muslimin, bukan dengan pihak yang lemah sekali
gus akan melemahkan harakah Islamiyyah. Keenam, hendaklah tahaluf
siyasi itu menjamin kebebasan dakwah kerana sebarang gerakkan atas langkah
politik yang diambil sewajarnya tidak boleh dipisahkan daripada dakwah kepada Allah dan sebarang usaha politik yang menghalang dakwah
adalah ditolak.
Bukan itu saja, malah dalam beberapa
kajian yang lain ada juga diletakkan beberapa syarat lain yang perlu dipatuhi. Iaitu
individu yang melakukan perjanjian adalah individu berkelayakan. Ianya bukan
kanak-kanak, orang gila, hamba dan orang bodoh. Kedua, aqad perjanjian
hendaklah bebas dari sebarang pengaruh atau kuasa. Ketiga, perjanjian yang
hendak dibuat hendaklah mempunyai bentuk yang khusus dan jelas. Keempat, isi
perjanjian dan perjanjian tidak bercanggah dengan hukum syarak.
(Tahaluf Siyasi Kompromi Tadbir Negara (Berita Harian-5 April 2012))
No comments:
Post a Comment