Thursday, 21 July 2016

Turki Diambang Kejatuhan, Bagaimana Pula Dengan Malaysia

Rumusan Ringkas Pergolakan Politik Turki Bandingannya Dengan Politik Malaysia:

Kerangka ekonomi politik antara Malaysia dan Turki adalah berbeza. Malaysia berada dalam kerangka ekonomi politik Melayu-Islam, manakala Turki berada dalam kerangka ekonomi politik Saljuk. Hal ini sahaja sudah dapat membezakan keduanya dari sudut sejarah, pemikiran kepimpinan dan suasana.

Jika diimbau sejarah permulaan peradaban Turki, ia dibina dengan pengalaman pemerintahan Islam yang cukup panjang melalui beberapa zaman pemerintahan sehingga mampu mematangkan gerak kerja pemerintahan Khilafah Islam. Namun, kematangan tersebut diganggu-gugat dengan tiga kelemahan iaitu kelemahan untuk menguasai pemikiran wanita, kelemahan pemberian penjawatan kepada yang sepatutnya dan tidak menguasai ketenteraan. Saya tak perlu ulas panjang kelemahan ini kerana penumpuan utama kepada tiga perbezaan sebelum ini.

Memang Kamal al-Tarturk berfahaman keBaratan. Barat ambil peluang ini untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Kamal al-Tarturk dipergunakan oleh Barat untuk menumbangkan pemerintahan Islam dengan tiga kelemahan tadi iaitu kelemahan untuk menguasai pemikiran wanita, kelemahan penyusunan penjawatan kepada yang sepatutnya dan tidak menguasai ketenteraan. Dengan menyedari kelemahan pemerintahan Islam ini, kematangan Daulah Islam terus tercalar. Jika Erdogan tidak terlalu keras dengan fahaman Barat kerana beralasan berpuluh tahun berada dalam Era Pemikiran Barat, itu bolehlah diterima. Erdogan mengambil jalan lebih berhati-hati kerana mengambil pelajaran daripada apa yang berlaku kepada Adnan Manderas dan Erbakan. 

Kenapa pula Gulen dipersalahkan dalam isu rampasan kuasa melalui ketenteraan ini? Ya, Gulen ialah musuh politik Erdogan. Tidak pelik jika Erdogan menyalahkan Gulen dalam isu ini. Gulen pula menyalahkan Erdogan dengan menyatakan bahawa ia adalah permainan politik Erdogan untuk mengukuhkan kuasa beliau. Hal ini membolehkan penangkapan musuh politiknya dilakukan secara beramai-ramai. Namun, bagi saya ia tidak nampak seperti suatu perancangan rapi untuk mengukuhkan Erdogan dengan mempergunakan tentera kerana mustahil pihak tentera boleh biarkan kredibiliti mereka tercalar dek hanya kerana membahagiakan Erdogan untuk kekal memerintah. 

Bagi saya inilah permainan politik, setiap isu yang diketengahkan masing-masing parti akan ambil kesempatan untuk mempamerkan musuh politik adalah salah. Jika hal ini, saya setuju ia sama dengan permainan politik kepartian di Malaysia. 

Apabila isu rampasan kuasa ini berlaku, peliknya Amerika menyokong Turki dalam keadaan Turki merupakan sekutu Rusia. Turki kemukakan pula usul untuk berbaik dengan Israel. Perancangan ekonomi bawah tanah Erdogan pula mempunyai hubungan dengan Iran. Apa kena dengan Erdogan ini? Adakah semua ini alasan strategi politik? Indahnya berpolitik jika semuanya dihalalkan untuk dilakukan hanya kerana beralaskan strategi politik.

Malaysia tidak begitu, sejarah Tanah Melayu mencatatkan kebangkitan Melayu-Islam yang ketara. Pengajian agama di pondok dan di masjid menjadi rutin sebahagian besar masyarakat untuk menghabiskan waktu malamnya dengan mempelajari ilmu agama. Barat memonopoli pemikiran Melayu hanya selepas Tanah Melayu dijajah. Jika Malaysia mengamalkan amalan politik seperti Erdogan di Turki, maka tidak ke mana. Ia seolah-olah telah membawa 40 tahun ke belakang. Sepatutnya, dengan adanya perlembagaan yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan, maka teruslah pacu negara dengan memperkasakan lagi Islam. Saya percaya jika Turki setahap suasana di Malaysia hari ini, Erdogan juga akan bertukar kaedahnya untuk lebih menonjolkan Islamnya dari disimpan-simpan. 

Bolehkah Isu 1MDB dan Halk Bank dikatakan sama? Jika sama kerana tindakan mereka sama, maka seharusnya Erdogan juga diharapkan dapat meletakkan jawatan sebagai Presiden Turki kerana telah berlaku curang dengan rakyat (curang politik). Hari ini Erdogan dijulang oleh rakyatnya dan diangkat menjadi sekutu kepada Amerika, Israel dan Rusia. Sekutu dengan maksudnya ialah menyokong Turki. Gembira rakyat Turki dan seluruh umat Islam dengan kejayaan ini. Ya, memang patut pun bergembira. 

Namun, adakah benar jika dikatakan kuasa-kuasa besar tersebut akan terus menyokong Turki? Benar, saya tidak menolak bahawa Erdogan seorang yang bijak mengatur strategi. Cuba, kita lihat apa yang berlaku di Mesir adalah sebaliknya? Tiga kuasa besar yang sama menyokong Turki hari ini telah bertidak zalim dengan kepimpinan Morsi di Mesir kerana memberikan sokongan kepada al-Sisi untuk menggulingkan kerajaan Morsi. Sudah tentu ada kepentingan politik kepada mereka sehingga mereka menerima Turki dan menolak Mesir. 

Jika begini sikap hubungan luar Turki dengan negara kuasa besar tersebut, maka lebih baik pula kepimpinan Malaysia yang tidak secara jelas menyokong Amerika, Rusia dan Israel. 

Adakah ada kemungkinan pula, isu 1MDB yang digembar-gemburkan oleh Department of Justice (DOJ) Amerika hanya kerana Malaysia tidak memberi peluang untuk sokong sebahagian tindakan Amerika? Sebagai contoh isu LGBT, liberalisme, dan isu keganasan di negara umat Islam. 

Banyak negara umat Islam hari ini telah terbeban dengan tindakan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang lain. Apakah jika hari ini Turki berjaya mengalahkan pihak tentera, maka kuasa-kuasa besar itu akan duduk diam tanpa merancang sesuatu yang lebih hebat bagi menjatuhkan kerajaan Turki hari ini? Jika MH370 dan MH17 boleh dirancang sebegitu rupa sehingga ke hari ini belum dapat sebarang bukti yang boleh menghukum pihak-pihak terbabit, adakah tidak ada kemungkinan bahawa selepas peristiwa kegagalan rampasan kuasa ini, maka kuasa-kuasa besar tersebut akan duduk senyap sahaja? Jawapannya, jika Gulen, Erdogan dan beberapa parti Islam masih bertelagah sesama sendiri, maka saya tidak menolak kemungkinan kejatuhan Turki akan lebih dahsyat daripada apa yang berlaku hari ini.

Thursday, 14 July 2016

KEDUDUKAN PAS DAN AMANAH DALAM POLITIK MALAYSIA

Hasil Pemerhatian: 

PAS masih berpendirian untuk tidak bergabung. Mereka tak nampak satu keuntungan pun berada dalam PH melainkan hanya diperkudakan untuk kepentingan politik pemerintahan semata-mata.

AMANAH nampaknya menagih simpati kepada PH supaya lupakan PAS sebagai parti yang boleh menguatkan pembangkang di Malaysia. TITM tersilap langkah terlalu berhikmah dalam bertutur sehingga diambil kesempatan oleh PH untuk menggembar-gemburkan tentang gabungan pembangkang PAS dan PH utk hadapi UMNO-BN.

PAS patut akui bahawa dalam sistem demokrasi di Malaysia, memang perlu cari kawan. Siapa kawan PAS? Adakah UMNO, PAN, PKR atau parti kecil. Walau bagaimanapun, PAS yakin dengan Tuhan. Istilah syurga, reda Allah, amalan dunia untuk akhirat dan seumpamanya sentiasa diucapkan. Penyokongnya pun pasti yakin dengan ucapan pimpinannya yang juga bergelar ulamak. Dasar yang dipegang mereka menjadi batasan kepada setiap keputusan yg ingin dibuat. 

Bekas ahli PAS yang bina AMANAH pun rasa disalahkan dan rasa tersisih dari PAS pun kerana dianggap tidak patuh dengan prinsip dan dasar PAS. 

Persoalannya, apakah benar AMANAH tidak Amanah. Apakah ukuran Amanah PAS? Jawapannya telah dijawab sebelum ini iaitu dasar PAS. 

PAS pertikai AMANAH kerana buat parti baharu. Disebut pula untuk ganti PAS dalam PH. Namun, di sebalik keghairahan itu, PAS nampak seperti tak risau, tetapi biasalah dlm politik demokrasi ini, risau undi rendah itu tak dapat dielak. PAS sebut Politik Matang dan Sejahtera utk tutup kerisauan itu. 

Masa terus berjalan. Politik Matang dan Sejahtera PAS terus dipacu sebagai kaedah Politik Dakwah walaupun terpaksa berpencak dalam mainan politik demokrasi. Apa yang jelas, PAS nampak seperti ingin berbaik dengan UMNO. Itu PH sebut sebab makan banyak dedak. Benarkah? 

AMANAH parti baharu, perlukan pendokong yg lebih setia dan beramanah. Jika PAS sertai PH, maka AMANAH disebut akan hilang undi. Pembahagian kerusi juga terpaksa dibahagikan jika mahu bahagilah. DAP pula nampak lebih lembut utk terima PAS. Sebabnya, dua PRK yg sebelum ini telah menyedarkan bahawa PH perlu PAS jika nak menang. Undi untuk PAS di Parlimen itu masih tidak beza jauh dengan undian dalam PRU sebelum ini. 

Penulisan ringkas ini tak dapat nak memberikan big picture view utk politik PAS dan AMANAH. Cumanya, setakat ini rumus utk politik PAS dan AMANAH ialah PAS tak perlukan AMANAH sebab prinsip, AMANAH tak perlukan PAS sebab mengurangkan populariti undi, PH perlukan PAS sebab Putrajaya, PH perlukan PAS dan AMANAH sebab undi Melayu.

Tarbiyah Pengarah ISDEV (15/7/16): Bekalan ke Brunei

  1. Ilmu
  2. Niche
  3. Pemikiran Inovatif
  4. Keterampilan (Appearance+Atmosphere)
  5. Tawaran Kolaborasi
  6. Akhlak (Friendly, Approachable, disiplin, meraikan, helpful, tawadhuk, mahmudah-mahmudah yang lain)
  7. Iman dan takwa

Kesalahan Teknikal Dalam Tesis dan Disertasi

Biasanya kesalahan teknikal dalam tesis dan disertasi dilakukan dalam 15 perkara seperti berikut:
1. Tajuk
2. Abstrak
3. Kejelasan Penyampaian
4. Susunan keseluruhan
5. Bahasa dan tatabahasa
6. Ejaan
7. Peristilahan
8. Tinjauan bacaan
9. Objektif kajian
10. Metodologi
11. Kutipan data
12. Analisis data
13. Interpretasi data
14. Rujukan
15. Keaslian kajian

Wednesday, 13 July 2016

Matang Berpolitik

Siapa yang matang dalam berpolitik? Adakah kematangan dalam berpolitik hanya diukur dengan keselarian dalam pemikiran, ideologi dan kaedah bergerak sahaja. Jika kenyataan yang dikeluarkan oleh parti yang bertentangan dengan ideologi yang dipegang sendiri, maka ia dianggap sebagai tidak matang. Adakah adil bersikap begitu dalam berpolitik? 

Islam menyeru umatnya melakukan kemaslahatan dalam ekonomi, politik dan sosial. Jika ada sikap begitu, maka akan ada kah maslahat dalam ekonomi, politik dan sosial. Isu Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan mengenai "Kafir Harbi" dipertikai dan dianggap tidak matang. Dihujahkan sifat kafir dengan zat kafir adakah tidak sama dalam mengistilahkan seseorang itu "Kafir Harbi"? Sebagai contoh, jika seseorang itu orang beriman, adakah beliau perlu didahului dengan sifat sebagai orang Mukmin, atau pun perlu Mukmin dahulu barulah hadir sifat-sifat orang beriman? Apabila ada Mufti yang tidak menyokong pengistilahan "Kafir Harbi" itu, maka disokong dan dianggap lebih matang kerana dianggap gagah dalam memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Apa kayu ukur kematangan seseorang dalam berpolitik? Adakah ia diukur mengikut kehendak dan keselarian yang tepat dengan kepentingan masing-masing?

Hari ini 13/7/2016 muncul pula isu penggabungan PAS dengan Pakatan Harapan. Ini dinyatakan sebagai menyambut saranan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS dalam satu kenyataan beliau yang mengajak semua parti pembangkang mencari titik temu untuk menumbangkan UMNO-BN. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam berita online di Free Malaysia Today dan yang lain. Kenyataan ini dianggap matang dan mengikut dasar Politik Matang dan Sejahtera PAS. Tup tup, Ustaz Nor Azli Musa yang juga berada dalam sof pimpinan PAS keluarkan kenyataan bahawa sekiranya ingin membuktikan di hadapan Tuhan untuk menjelaskan benar mereka memperjuangkan Islam ialah dengan adanya nombor ahli, tiba-tiba ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa hujah ini tidak cerdik seolah-olah ke arah tidak matang. 

Ngar Kor Ming pernah menjelaskan tentang beri dedak di Hari Raya Aidilfitri. Penjelasan ini dianggap tidak matang oleh sesetengah pihak. Ada pula yang menganjurkan tunjuk perasaan untuk mendesak Ngar Kor Ming mohon maaf. Mereka yang membuat tunjuk perasaan pula dianggap tidak matang. Pening memikirkan kematagan seseorang.

Mari sama-sama kira lihat kembali apa itu matang.