Wednesday, 13 July 2016

Matang Berpolitik

Siapa yang matang dalam berpolitik? Adakah kematangan dalam berpolitik hanya diukur dengan keselarian dalam pemikiran, ideologi dan kaedah bergerak sahaja. Jika kenyataan yang dikeluarkan oleh parti yang bertentangan dengan ideologi yang dipegang sendiri, maka ia dianggap sebagai tidak matang. Adakah adil bersikap begitu dalam berpolitik? 

Islam menyeru umatnya melakukan kemaslahatan dalam ekonomi, politik dan sosial. Jika ada sikap begitu, maka akan ada kah maslahat dalam ekonomi, politik dan sosial. Isu Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan mengenai "Kafir Harbi" dipertikai dan dianggap tidak matang. Dihujahkan sifat kafir dengan zat kafir adakah tidak sama dalam mengistilahkan seseorang itu "Kafir Harbi"? Sebagai contoh, jika seseorang itu orang beriman, adakah beliau perlu didahului dengan sifat sebagai orang Mukmin, atau pun perlu Mukmin dahulu barulah hadir sifat-sifat orang beriman? Apabila ada Mufti yang tidak menyokong pengistilahan "Kafir Harbi" itu, maka disokong dan dianggap lebih matang kerana dianggap gagah dalam memperjuangkan keadilan untuk semua kaum.

Apa kayu ukur kematangan seseorang dalam berpolitik? Adakah ia diukur mengikut kehendak dan keselarian yang tepat dengan kepentingan masing-masing?

Hari ini 13/7/2016 muncul pula isu penggabungan PAS dengan Pakatan Harapan. Ini dinyatakan sebagai menyambut saranan Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden PAS dalam satu kenyataan beliau yang mengajak semua parti pembangkang mencari titik temu untuk menumbangkan UMNO-BN. Kenyataan ini boleh dirujuk dalam berita online di Free Malaysia Today dan yang lain. Kenyataan ini dianggap matang dan mengikut dasar Politik Matang dan Sejahtera PAS. Tup tup, Ustaz Nor Azli Musa yang juga berada dalam sof pimpinan PAS keluarkan kenyataan bahawa sekiranya ingin membuktikan di hadapan Tuhan untuk menjelaskan benar mereka memperjuangkan Islam ialah dengan adanya nombor ahli, tiba-tiba ada yang mengeluarkan kenyataan bahawa hujah ini tidak cerdik seolah-olah ke arah tidak matang. 

Ngar Kor Ming pernah menjelaskan tentang beri dedak di Hari Raya Aidilfitri. Penjelasan ini dianggap tidak matang oleh sesetengah pihak. Ada pula yang menganjurkan tunjuk perasaan untuk mendesak Ngar Kor Ming mohon maaf. Mereka yang membuat tunjuk perasaan pula dianggap tidak matang. Pening memikirkan kematagan seseorang.

Mari sama-sama kira lihat kembali apa itu matang. 

No comments:

Post a Comment