Tahaluf siyasi adalah satu strategi
politik Islam. Terdapat pelbagai istilah konvensional yang dilihat mempunyai
sedikit persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik,
kompromi politik, kerjasama politik, koalisi politik, pakatan politik dan
integrasi politik. Namun, adakah tahaluf siyasi yang mempunyai kaitan
dengan strategi politik dalam Islam mempunyai persamaan dengan istilah lazim berkenaan?
Monday, 15 July 2013
Friday, 12 July 2013
Polemik Tahaluf Siyasi oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi
Ketika ini tahaluf siyasi (perjanjian politik) sering diperbincangkan. Perbincangan itu meliputi beberapa aspek termasuklah relevan atau pun tidak tahaluf ini. Begitu juga, keseriusan sesuatu pihak dalam menjayakan perjanjian itu atau pun terpaksa menguburkan perjanjian itu adalah menjadi topik perbincangan utama. Sehinggakan ada yang membincangkan sama ada perlu untuk mengundi pada pilihan raya atau pun tidak.
Sebenarnya, kita tidak boleh secara mentah-mentah menolak
tahaluf siyasi ini.
Siasah Agama vs Siasah Akal oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi
Siasah selalunya
diperbincangkan dalam soal politik. Ini merujuk kepada makna siasah itu sendiri
yang bermaksud politik. Walaupun siasah mempunyai persamaan dari segi maksud,
tetapi sekiranya diteliti, siasah bukan hanya sekadar berkisar dari aspek
politik kenegaraan, malah semua perkara yang berkaitan dengan perlakuan
seseorang manusia itu disebut sebagai siasah.
Ahmad
Atiyatullah di dalam kitabnya, Da’irat
al-Ma’arif al-Hadithah menjelaskan bahawa siasah ialah ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan kenegaraan dan melaksanakan urusan rakyat. Menurutnya
lagi,
Subscribe to:
Posts (Atom)