Monday, 15 July 2013

Beza Tahaluf dengan Istilah Selainnya oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi



Tahaluf siyasi adalah satu strategi politik Islam. Terdapat pelbagai istilah konvensional yang dilihat mempunyai sedikit persamaan dengan tahaluf siyasi seperti diplomasi politik, kompromi politik, kerjasama politik, koalisi politik, pakatan politik dan integrasi politik. Namun, adakah tahaluf siyasi yang mempunyai kaitan dengan strategi politik dalam Islam mempunyai persamaan dengan istilah lazim berkenaan?

Friday, 12 July 2013

Polemik Tahaluf Siyasi oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi


Ketika ini tahaluf siyasi (perjanjian politik) sering diperbincangkan. Perbincangan itu meliputi beberapa aspek termasuklah relevan atau pun tidak tahaluf ini. Begitu juga, keseriusan sesuatu pihak dalam menjayakan perjanjian itu atau pun terpaksa menguburkan perjanjian itu adalah menjadi topik perbincangan utama. Sehinggakan ada yang membincangkan sama ada perlu untuk mengundi pada pilihan raya atau pun tidak.

Sebenarnya, kita tidak boleh secara mentah-mentah menolak tahaluf siyasi ini.

Siasah Agama vs Siasah Akal oleh Mohd Syakir Mohd Rosdi



Siasah selalunya diperbincangkan dalam soal politik. Ini merujuk kepada makna siasah itu sendiri yang bermaksud politik. Walaupun siasah mempunyai persamaan dari segi maksud, tetapi sekiranya diteliti, siasah bukan hanya sekadar berkisar dari aspek politik kenegaraan, malah semua perkara yang berkaitan dengan perlakuan seseorang manusia itu disebut sebagai siasah.

Ahmad Atiyatullah di dalam kitabnya, Da’irat al-Ma’arif al-Hadithah menjelaskan bahawa siasah ialah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan kenegaraan dan melaksanakan urusan rakyat. Menurutnya lagi,