Mohd Syakir Mohd Rosdi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang
Kelemahan
sentiasa dinilai dan dikomen. Di sebalik komen itu tiada rasa kebersamaan ke
arah menggunakan idea berkenaan untuk dipraktikalkan bagi mengatasi kelemahan yang
timbul. Kesannya, umat Islam akan berada dalam keselesaan. Keselesaan itu akan
membawa kepada ketidakprihatinan kepada orang lain. Inilah antara perkara utama
penyebab berlakunya perbezaan dalam diri orang Islam dengan orang Islam yang
lain. Hal ini tidak seperti yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam satu Hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir, Nabi
SAW pernah bersabda: “Perumpamaan orang-orang Mukmin
dalam hal kasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih
kesakitan maka sekujur badan akan merasakan panas dan demam (Riwayat Muslim).
Dalam
hal ukhwah ini, umat Islam selalu mempersalahkan pihak penjajah kerana
melaksanakan dasar pecah perintah. Selain itu, Khuzwatul Fikr (Serangan
pemikiran) yang dicanang oleh penceramah di serata corong speaker juga telah
berjaya menggerunkan umat Islam. Keadaan itu sebaliknya tidak memberikan
apa-apa makna kepada perubahan umat Islam ke arah yang lebih baik. Umat Islam
seolah-olah bersyukur berada di bawah “serangan pemikiran” yang dicatur oleh
musuh Islam atas sebab keselesaan tadi.