Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Sesunguhnya dalam tubuh badan anak Adam itu ada segumpal darah, sekiranya baik segumpal darah tersebut, maka baiklah seluruh anggotanya, sekiranya buruk segumpal darah tersebut, maka buruklah seluruh anggotanya, itulah hati".
Dalam hadith tersebut dijelaskan bahawa menjaga hati adalah suatu sikap yang baik. Sikap ini tidak dimiliki oleh semua orang. Ada yang menjaga hati untuk kebaikan. Ada yang menjaga hati untuk kejahatan. Hati mengawal seluruh tingkah laku manusia.
Terdapat dua sudut penjagaan hati. Pertama, penjagaan hati sendiri; dan kedua, penjagaan hati orang lain. Bagi yang pertama, hati ini dijaga untuk diri sendiri. Ia lebih fokus kepada menjaga kepentingan diri sendiri. Penjagaan ini mungkin untuk mendapatkan pencapaian yang baik dan pangkat yang tinggi.
Menjaga hati sendiri sebenarnya lebih sukar daripada menjaga hati orang lain. Hati mudah untuk menerima penyakit. Penyakit ini sama ada bersifat fizikal atau rohani. Sekiranya bersifat fizikal, ia boleh dirawat dengan menggunakan perubatan moden atau perubatan secara Islam. Manakala, penyakit hati yang bersifat rohani agak sukar untuk mengubatinya, melainkan ada panduan.
Apa penyakit tersebut? dan apa panduan tersebut? Penyakit tersebut seperti riya', 'ujub dan sum'ah. Riya' ialah sikap menunjuk-nunjuk melalui perbuatan. 'Ujub pula ialah merasa takjub dengan kebolehan diri sendiri. Manakala sum'ah ialah suka mengkhabarkan kepada orang lain kebaikan diri sendiri.
Ketiga-tiga penyakit hati ini sukar untuk diubati kerana ada sebahagian manusia yang tidak sedar terkenanya penyakit tersebut. Penyakit ini tidak akan dapat dikenal pasti melainkan dengan panduan. Panduan tersebut ialah al-Qur'an dan al-Hadith. Cabang kepada panduan ini lebih fokus kepada panduan tasawuf, akhlak dan ihsan.
Imam Ghazali dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin ada menjelaskan mengenai panduan untuk menangani masalah ini. Dalam kitab Minhajul 'Abidin juga dijelaskan. Misalnya, banyak istighfar dan banyak ingat mati. Untuk lebih lanjut, para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab ini.
Apabila penyakit hati secara rohani ini dapat diubati, maka dengan mudahlah akan dapat menjaga hati orang lain. Hal ini merupakan perkara kedua tumpuan dalam topik ini. Percakapan yang keluar daripada mulut selalunya berpandukan kepada hati. Apabila hati bersih, mereka tidak akan bercakap sesuatu yang kotor dan bodoh seperti yang disebut dalam hadith "Puasa itu perisai, maka janganlah bercakap perkara yang kotor dan bodoh".
Perkataan kotor dan bodoh ini terserlah dengan perbuatannya banyak bercakap perkara yang menyakitkan hati orang lain. Tidak pandai menjaga hati orang lain. Sungguh malang, kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar mereka sedang menyakiti hati orang lain. Bercakap pula banyak, tapi satu pun tidak mendatangkan faedah. Bercakap nak tunjukkan bahawa dia tahu semua, tetapi orang lain tahu bahawa dia tak tahu.
Orang begini hanya bersifat individualistik iaitu mereka lebih suka menjaga hati sendiri daripada menjaga hati orang lain. Bersikap mempertahankan diri apabila merasa diri diperhatikan. Mereka lebih senang supaya orang dengar cakap mereka daripada mereka dengar cakap orang lain. Nampak macam boleh memimpin, tetapi sebenarnya tak pandai pun dalam urusan kepimpinan.
Fuh! Sukar kalau ada penyakit hati secara rohani ini. Tak mampu diubati melainkan dengan ilmu dan amal yang berterusan. Ilmu dan amal ini pula harus dimasukkan nilai-nilai dan kefahaman daripada ilmu tasawuf supaya dapat menjaga dan mengubati hati.
Kalau kita banyak jaga hati orang lain, Allah SWT akan jaga hati kita dan mendatangkan penjagaan hati kita daripada orang lain. Masyarakat yang mengamalkan perkara begini akan mudah untuk bermasyarakat daripada masyarakat yang bersikap hanya mementingkan hati sendiri daripada hati orang lain.
Sunday, 28 June 2015
Wednesday, 17 June 2015
Kisah "Parti Baharu" di Malaysia (Bahagian 1)
Muncul isu penubuhan parti baharu di Malaysia. Isu ini boleh diteliti melalui kisahnya yang melibatkan dua kelompok. Pertama, kelompok G-18; dan kedua, kelompok PASMA. Bagi kelompok yang pertama iaitu G-18, mereka ialah kelompok yang kalah dalam muktamar PAS ke-61 baru-baru ini. G-18 ini merujuk kepada kekalahan yang melibatkan 18 orang. Mereka antaranya ialah Ustaz Ahmad Awang, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Asmuni Awi, Dr. Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi, Mohamed Hanipa Maidin, Khalid Samad, Datuk Kamarudin Jaffar, dan Zulkifli Mohamad Omar. Penyingkiran G-18 daripada memegang jawatan dalam PAS ini adalah berdasarkan undian majoriti daripada sebahagian pemilih yang dilantik oleh ahli PAS sendiri yang kini berjumlah 1 juta ahli.
Pada malam 16 Jun 2015, G-18 ini mengadakan pula himpunan muafakat politik baharu di Muar, Johor. Setelah himpunan ini, Mohamad Sabu ditanya sama ada telah bersedia untuk menubuhkan parti baharu atau pun tidak, jawapannya ialah masih menunggu betapa kuat sokongan rakyat kepada G-18 ini.
Persoalannya, sejauh manakah kuatnya sokongan terhadap G-18 dan PASMA ini untuk menubuhkan parti baharu? Dimanakah kekuatannya? Untuk menjawab persoalan ini, Wadah sebagai badan yang mengumpulkan pimpinan-pimpinan ABIM antara yang memberi lampu hijau untuk bersedia bergabung menjadi parti baharu. Ia semakin kuat apabila hampir 3000 orang telah hadir dalam himpunan muafakat politik yang diadakan di Muar tersebut. Kehadiran seramai ini seolah-olah mempamerkan masih ada simpati kepada G-18 ini.
Selain itu, dalam muktamar PAS ke-61, G-18 telah berjaya mendapatkan undi sebanyak 200 lebih undi. Undian ini merupakan sokongan yang agak besar. Hal ini bermakna, masih ada ruang dan harapan cerah lagi untuk membina kekuatan baru. Dengan sokongan ini, G-18 yakin masih ada sokongan daripada rakyat kepada mereka. Perkara ini membuatkan mereka bertekad untuk mengelilingi Malaysia mencari sokongan tersebut.
Persoalannya, mengapa masih ada yang menyokong mereka? Hal ini berdasarkan pengalaman G-18 sendiri dengan PAS. Pengalaman mereka penuh dengan tragis. Mereka pernah dihumbankan ke dalam penjara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi PAS. Pelbagai demonstrasi yang diadakan adalah untuk menaikan sokongan kepada PAS. Mereka disembur dengan gas pemedih mata oleh FRU, dipukul dengan cota dan ditocher dalam lokap. Semua ini dilakukan atas tujuan berjuang membela rakyat kerana menganggap Islam menyeru begitu.
Selain G-18, kumpulan kedua pula dikenali sebagai PASMA. PASMA merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO). PASMA diketuai oleh Phahrolrozi. Beliau antara pimpinan yang dilihat lahir hasil daripada perahan strategi golongan progresif dalam PAS. PASMA menjadi pencetus awal kepada revolusi untuk menubuhkan parti baharu.
Cetusan ini hadir selepas keputusan muktamar PAS ke-61 juga. PASMA mengumumkan untuk menubuhkan parti baharu dalam satu majlis mesyuaratnya yang diadakan pada 13 Jun 2015. Namun, suara penyokong kuat penubuhan parti baharu ini seakan-akan disilentkan sebentar untuk memberikan laluan kepada G-18 bagi mengumpulkan sokongan dahulu. Dari sini, apa kaitan antara kedua-dua entiti ini iaitu G-18 dan PASMA? Hal ini perlu diperhalusi lagi supaya kita tidak silap dalam mengkategorikan kelompok tertentu.
Persoalannya, adakah mereka tidak sayang kepada jamaah yang mereka perjuangkan selama ini dengan menubuhkan parti baharu? Adakah mereka lupa akan sejarah banyak parti baharu di Malaysia yang banyak terkubur? Di mana perginya semangat dahulu yang sedia berkorban untuk PAS?
Daripada persoalan-persoalan tersebut, ia tidak ditujukan kepada semua mereka kerana sebenarnya masih ada daripada mereka yang tidak mengimpikan penubuhan parti baharu. Misalnya, Ustaz Ahmad Awang. Ustaz Ahmad Awang merupakan pimpinan Persatuan Ulama Malaysia. Walaupun beliau dikatakan sebahagian daripada kelompok ini kerana turut kalah sebagai calon yang dipertandingkan untuk merebut jawatan sebagai Presiden PAS, namun beliau berbeza pandangan dengan kelompok G-18 ini. Beliau pernah menjelaskan melalui media bahawa beliau tidak bersetuju untuk menubuhkan parti baharu.
Dengan ketokohan beliau dalam kepimpinan dan dari sudut keilmuan, saya yakin bahawa beliau juga mahu Islam didaulatkan di bumi Malaysia. Jauh sekali sekiranya kita mengatakan bahawa beliau menolak hudud? Namun, apakah yang membuatkan beliau tidak walak kepada kepimpinan ulamak?
Begitu juga, saya yakin bahawa dengan ilmu dan pengalaman yang ada dalam diri yang dikelompokkan sebagai G-18 atau pun PASMA, mereka tidak akan dengan mudah untuk menolak kepimpinan ulamak yang sedia ada. Namun, apakah sebenarnya yang berselindung di sebalik kekecohan yang berlaku dalam PAS tika ini?

Sambungan di Bahagian 2...
Sambungan di Bahagian 2...
Monday, 15 June 2015
Polemik Politik Malaysia (Bahagian 5)
PAS pernah melakukan TS bersama dengan UMNO. Setelah 20 tahun bergelanggang sebagai pembangkang, pada tahun 1973 PAS telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran untuk bekerjasama (tahaluf) dengan UMNO. Tahaluf ini telah membentuk Barisan Nasional (BN). Parti ini adalah gabungan beberapa parti lain yang juga telah pun bekerjasama dengan UMNO sebelum ini. Kerjasama ini hanya berlaku selama 5 tahun. Pada tahun 1978, berlaku darurat di Kelantan yang menyaksikan PAS keluar daripada BN. Alasannya ialah BN telah mengkhianati PAS, dan dalam masa yang sama BN menuduh PAS tidak mematuhi ketetapan yang ditetapkan oleh BN. Daripada kejadian ini, terdapat sebahagian ahli PAS bertindak menubuhkan parti baru yang dinamakan sebagai Berjasa dan Hamim kerana tidak bersetuju PAS keluar daripada UMNO. Berdasarkan pengalaman ini, PAS telah serik untuk membuat TS dengan UMNO lagi.
Ketidakpuasan hati kepada pemimpin itu perkara biasa. Di zaman Rasulullah SAW juga ada berlaku ketidakpuasan ini. Saidina Umar pernah meminta penjelasan daripada Nabi SAW kenapa menandatangani perjanjian bersama dengan Musyrikin Mekah tanpa diletakkan Bismillah dan title Rasulullah SAW. Tidak ada jawapan yang diberikan oleh Rasulullah SAW melainkan mengkehendaki patuh dan taat kepada kepimpinan Rasulullah SAW. Namun, ketidakpuasan hati Saidina Umar tidak sampai membuat pakatan yang baru seperti yang dilakukan oleh Ubay.
Dengan pendekatan dan manhaj yang berbeza ini membuatkan beberapa ahli yang berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamak PAS telah bosan dengan kepimpinan PAS. Mereka membuat kenyataan untuk membuat parti baru. Tindakan ini seolah-olah untuk mendapat kasih sayang daripada DAP dan PKR. Namun, jawapannya jauh sekali untuk mendapatkan itu. Untuk menang dalam pilihan raya jauh sekali. Bagi saya, mungkin sekurang-kurangnya ada lima sebab. Pertama, untuk melihat kepimpinan PAS sama ada masih berkehendakkan ahli seperti mereka; kedua, mereka telah terperangkap dengan permainan politik sendiri sehingga malu dan terpaksa untuk keluar menubuhkan parti baru; ketiga, pengaruh mereka sudah hilang dalam PAS; keempat, mahu bergabung juga dengan DAP dan PKR untuk menumbangkan BN; dan kelima, mereka berkehendakkan kepada jawatan yang telah pun disingkirkan dalam muktamar PAS ke-61.
Selain itu, digambarkan bahawa kepimpinan PAS membuat keputusan dengan tidak berpijak di bumi. Banyak idealis daripada praktik. Ulamak bukan profesional. Dengan ketrampilan ulamak yang ekstrem agama tak akan mampu menarik golongan bukan Islam kepada PAS. TS diakui penting tetapi kepimpinan dalam Majlis Syura Ulamak tak maksum untuk menentukan keputusan dalam PAS. Kesemua ini sebenarnya terletak kepada kemelut PR yang ketiga iaitu matlamat. Dalam PAS ada dua golongan yang disebutkan sebelum ini iaitu golongan ulamak dan golongan profesional. Golongan ulamak lebih cenderung kepada matlamat untuk mendapatkan kejayaan daripada "Reda Allah", manakala golongan profesional bermatlamatkan kejayaan dalam politik pilihan raya. Kedua-dua matlamat ini telah membuka ruang perpecahan yang lebih besar dalam PAS. Semua ini mempamerkan siapa yang benar-benar ikhlas menjadikan politik ini sebagai alat untuk berdakwah. Bukannya politik itu menjadi matlamat utama.
Daripada analisis ini, bagi saya PR akan berpecah. PR tidak boleh berjalan tempang. PR memerlukan ketiga-tiga parti ini untuk bertembung dengan BN. Realitinya, PAS sedang berkelahi dengan DAP, manakala PKR seolah-olah penonton. DAP dilihat dianiayai dalam permainan ini. PAS pula menuduh ditikam daripada belakang oleh DAP. PKR seperti menunggu dan lihat. Sokongan terus diberikan kepada kedua-dua pihak. Sokongan yang diberikan PKR terpaksa dialihkan mengikut irama yang dimainkan. DAP pula membalas asakan PAS dengan membuang ahli-ahli PAS daripada perkhidmatan di negeri tadbirannya. PKR cuba mendamaikan kedua-duanya, namun hakikatnya PAS tetap tidak sama dengan DAP dan PKR dari sudut ideologi, pendekatan dan matlamat. Akhirnya, PR akan berpecah.
Perbahasan selanjutnya mengenai kemelut dalam BN akan dihuraikan pula pada bahagian seterusnya.

Kemelut Politik Malaysia (Bahagian 4)
Menurut Abdul Hadi Awang (2012) lagi, PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO. Hubungan PAS dengan
kalangan bukan Islam terutamanya DAP sangat berbeza dengan hubungan di antara
komponen BN, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Perbezaan utamanya adalah hubungan BN
tersebut tidak berdasarkan dan berkonsepkan Islam, sebaliknya PAS berdasarkan
dan berkonsepkan Islam. BN tidak berasaskan empat sumber pengambilan hukum dalam
Islam iaitu al-Qur’an, Hadith, Ijmak’ Ulama dan Qias, tetapi PAS berasaskan
empat sumber tersebut.
Kemelut Politik Malaysia (Bahagian 3)
Trend dramatic
Anwar ini dilihat diikuti oleh gerakan Islam di Malaysia. Misalnya, pada tahun
1999, PAS mula membincangkan TS untuk bergabung dalam Barisan Alternatif (BA). Sebenarnya,
pergabungan PAS dalam BA ini juga melihat kepada pengaruh ahli profesional
dalam PAS. Anwar Ibrahim menjadi fenomena dalam menentang kerajaan.
Ahli-ahli
PAS banyak terpengaruh dengan pendekatan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim
sehingga sebahagian mereka disebut sebagai Anwarisme. Implikasi daripada
pengaruh ini telah membina manhaj baru yang banyak bertembung dengan manhaj
ulamak dalam PAS. Di sini jelas bahawa label manhaj profesional ini muncul
kerana manhaj ini banyak didokong oleh golongan profesional dan golongan yang
disebut sebagai Anwarisme.
Kemelut Politik Malaysia (Bahagian 2)
TS
di sini bermaksud rundingan kerjasama antara dua pihak atau beberapa pihak
dalam menghadapi suatu permasalahan atau konflik agar objektif bersama dapat
tercapai selagi mana tidak menggadai dan melanggar prinsip syariat Islam.
Ulamak dan profesional adalah dua golongan yang disebut hasil daripada dua
manhaj yang berbeza. Manhaj ulamak berpaksikan ketaatan kepada kepimpinan
ulamak, manakala manhaj profesional berpaksikan kepada pemerolehan strategi
yang terbaik.
Manhaj
ulamak merupakan pendekatan asal yang dibina dalam PAS. Pada awalnya,
kesepakatan TS sesama ulamak telah berhasil membina parti baru yang dinamakan
sebagai Parti Islam Se-Malaya. Parti ini adalah parti serpihan daripada
Organisasi Kesatuan Melayu Kebangsaan (UMNO). Serpihan di sini disebut kerana
sebahagian para ulamak yang bersama menubuhkan PAS merupakan bekas kepada
ahli-ahli UMNO.
Manhaj
ini juga selaras dengan slogan yang dilaungkan sejak tahun 1981. Slogan
tersebut ialah Kepimpinan Ulamak.
Slogan ini diperkenalkan oleh bekas Presiden PAS Tuan Guru Haji Yusuf Rawa yang
juga terkenal sebagai seorang ulamak. Slogan ini diselaraskan di setiap
peringkat iaitu daripada kepimpinan sehingga ke akar umbi. Tujuannya ialah
untuk mengembalikan kekuatan semangat ulamak dalam kalangan seluruh ahli PAS
dan memperjelaskan lagi hala tuju PAS sebagai sebuah parti yang mendokong
kepimpinan ulamak.
Manhaj
profesional pula adalah
Kemelut Politik Malaysia (Bahagian 1)
Kemelut politik Malaysia menjadi agenda utama dalam penyiaran media di Malaysia. Kemelut ini berlaku daripada dua kumpulan parti gabungan. Pertama, Pakatan Rakyat (PR); dan kedua, Barisan Nasional (BN). Mari sama-sama kita amati perkara yang menjadi asas kemelut politik kedua-dua kumpulan ini.
Bagi PR, kemelut yang berlaku dalam kalangan parti-parti gabungan ini berpunca daripada sekurang-kurangnya tiga asas. Pertama, ideologi berbeza; kedua, pendekatan berbeza; dan ketiga, matlamat yang berbeza. Bagi BN pula, terdapat setidak-tidaknya tiga asas juga. Pertama, kepimpinan; kedua, pengurusan dan pentadbiran; dan ketiga, kemelut dalaman parti gabungan.
Perkara pertama kemelut daripada PR iaitu ideologi berbeza. Kemelut ini sememangnya ada kerana ketiga-tiga parti gabungan ini masing-masing berasal daripada tiga jalan yang berbeza. Tidak berlaku sebarang campur tangan dalam urusan ketiga-tiga parti ini untuk bergerak melainkan dengan kepimpinan masing-masing. Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan kepimpinan Abdul Hadi Awang, Parti Demokratik Progresif (DAP) dengan kepimpinan Lim Guan Eng, dan Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dengan kepimpinan Wan Azizah Wan Ismail.

Subscribe to:
Posts (Atom)